Antara Lelaki & Wanita

Posted: June 11, 2008 in Feels

Ujar lelaki, wanita itu lemah..

Ujar lelaki, mereka adalah lembut..

Antara lemah dan lembut, besar perbezaannya..

Namun ada yang tidak rela mengakuinya..

Telah ditakdirkan…kerana lembut wanita..

Tidak gemar perbalahan..kecuali jika terpaksa..

Lalu wanita pun diam..

Diam seolah-olah menerima..

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan..

Dalam diam, wanita terus terusan bekerja..

Di pejabat sebagai kerani..

Di rumah sebagai suri..

Dari sebelum tercalit garis putih di Subuh hari..

Hingga jarum jam tegak bertindih jari..

Lelaki yang mengaku kuat, celik mata sarapan sudah terhidang..

Apabila pulang dari pejabat, di kerusi malas longlai terlentang..

Isteri di katakan lemah, bergelut di dapur memasak..

Suami yang mengaku gagah, bersantai di hadapan TV tanpa bergerak..

Selesai memasak, wanita menguruskan anak-anak..

Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak..

Lelaki keletihan kerana memandu di jalan raya sesak..

Berehat, menonton TV sambil tergelak..

Dalam diam wanita di anggap lemah, terus berlumba dengan masa..

Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju..

Kakitangan semua digerakkan dengan laju..

Menyiram pokok-pokok bunga yang mulai layu..

Sebelum solat Maghrib untuk Sujud, Menyembah yang Satu..

Makanan di hidang selepas solat..

Selesai kerja rumah, anak-anak di ajar mengaji..

Sedang suami tersandar semula seperti tadi..

Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa di uji..

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan..

Lelaki terpelajar celik hati, ingin menghapus diskriminasi..

Lantang membela nasib wanita..

Memberi kesedaran supaya segera bangkit..

Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adat tradisi..

Hukum agama telah terpapar..

Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak..

Membasuh pakaian, menyediakan makanan..

Jika suami tidak berdaya melakukannya, seorang pembantu wajar disediakan..

Lelaki yang hanyut dalam keasyikkan, tidak mampu menerima perubahan..

Rela bertahan bagaimana jua, asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati..

Dalam diam wanita yang sering di anggap lemah..

Meneruskan hidup dalam segala kekuatan..

Kekayaan yang paling Kaya ialah AKAL..

Kemiskinan yang paling Besar ialah JAHIL..

Keburukan yang paling Hodoh ialah SESAT..

Tak guna ada Mata kalau tak dapat Melihat..

Tak guna ada Hati kalau tau tahu Menilai dan Menghargai..

 

 

Leave a comment