Cure & Care Clinic 1Malaysia Tampoi

Posted: October 30, 2010 in Work

Salam..

Pada 15 Oktober 2010 yang lalu, secara rasminya Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tampoi, Johor Bahru telah bertukar ke Cure & Care Clinic 1Malaysia Tampoi, Johor Bahru. Maka bermulalah era baru bagi semua staff yang bertugas. Kalau dahulu kita menjaga pesakit/penghuni yang di perintahkan Mahkamah untuk menjalankan pemulihan. Tapi kini kita menerima pesakit yang dengan rela hati ingin menjalankan pemulihan secara Institusi. Tiada paksaan, tiada perintah dari Mahkamah, hanya datang dengan perasaan sukarela untuk memperbaiki diri.

Konsep Klinik kali ini, mempunyai pakej-pakej tertentu yang sudah disediakan. Setiap pesakit yang datang boleh memilih pakej apa yang diinginkan antaranya Pakej 2 Minggu, Pakej 4 Minggu, Pakej 3 Bulan dan Pakej 6 Bulan. Di sini, pesakit akan disediakan dengan pelbagai aktiviti dan disediakan pengawasan dari pihak Doktor yang Bertauliah bagi memantau tahap kesihatan pesakit dan tahap kepulihan pesakit. Klinik ini diwujudkan bagi membantu penagih-penagih dadah di luar sana yang mempunyai kesedaran dan kekuatan ingin memperbaiki dan memulihkan diri dari najis dadah.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, marilah kita bersama-sama membantu mereka-mereka yang mungkin mempunyai talian persaudaraan, kawan atau sesiapa saja yang memerlukan kepulihan ini. Cure & Care Clinic 1Malaysia Tampoi, Johor Bahru dibuka setiap hari, setiap masa. Maka, kepada sesiapa yang memerlukan info selanjutnya, bolehlah hubungi terus ke talian 07-2361711.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama membanteras gejala dadah yang semakin berleluasa bagi menjaga nama Bangsa, Agama dan Negara yang kita sayangi. Bantulah Anak-Anak Bangsa Kita.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s